Khamis, 6 Ogos 2015

Berjaya dan Kekal Berjaya

Nak berjaya dan kekal berjaya mesti kena ada tiga elemen ni:

1) Niat. Bukan kerana duit semata.
2) Ilmu. Belajar, Mengajar dan Diajar tanpa jemu.
3) Konsisten.

Biasanye ramai suka tengok orang-orang yang dah berjaya, dalam hati selalu kata "kenapa aku tak jadi macam diorang ?"
Tapi kita tak nampak apa yang mereka dah buat sebelum ni untuk mereka jadi seperti hari ni, dan kita pulak masih lagi selesa n tak sanggup buat apa yang kita perlu buat hari ni untuk jadi yang lebih baik di masa akan datang..

Wawallahu'alam.

Tips Untuk Pelajar

Tips Untuk Pelajar.

1) Mandi waktu pagi antara pukul 1pg - 6pg. Pada waktu ini,sangat bagus mandi,kerana ia akan mengurangkan lemak dalam badan.

2) Jika bangun pukul 4 dan ke atas,jangan lagi tidur selepas itu,kerana jika tidur semula,akan melemahkn badan.

3) Sarapan antara pukul 7pg - 7:30pg. Bagus sarapan pada waktu ini kerana ia akan meningkatkan kadar metabolisme dlm badan.

4) Datang ke kelas seeloknya 10 minit awal atau lebih awal,kerana ia adalah adab, dan mungkin ada keberkatan di situ.

5) Makan tengahari dengan kadar biasa, selepas setengah jam,tidur seketika 10-15 minit, kemudian basahkan kepala untuk kembali segar.

6) Lakukan aktiviti fizikal selepas asar,kerana waktu ini tidak sesuai untuk belajar. Jadi,gunakannya untuk sebarang aktiviti fizikal.

7) Mandi malam lebih kurang antara pukul 6ptg - 6:30ptg.jangan beriadah terlalu lama,kerana ia akan meletihkan badan pada waktu malam.

8) Luangkan masa maghrib-isya` kepada Allah,kerana waktu ini adalah waktu tenangkan minda dengan terapi.

9) Mula study lepas isya`. Hanya ambil masa 30 minit untuk satu subjek, seterusnya subjek lain, sampai cukup 2 atau 2.30 jam untuk setiap malam.

10) Tidur awal,lebih kurang pukul 11atau 11:30 mlm. Kerana pada waktu ini,hormon dalam badan perlukan rehat untuk memproses badan dengan baik.

11) Jangan lupa bertahajud dan qiamullail,kerana inilah ikatan yang kukuh antara hamba dan Penciptanya.

Wallahu'alam .
Moga bermanfaat.

Selasa, 4 Ogos 2015

Jangan Bersifat Negatif

JANGAN BERSIFAT NAGETIF

1. MARAH selama 5 minit akan menyebabkan sistem imun tubuh kita menjadi lemah selama 6 jam.

2. DENDAM dan MENYIMPAN KEPAHITAN akan menyebabkan imun tubuh kita mati.. Dari situlah bermula segala penyakit, seperti Stress, Kolesterol, Hipertensi, Serangan Jantung, Rhematik, Arthtritis, Stroke (perdarahan/penyumbatan pembuluh darah)…..

3. Jika kita sering membiarkan diri kita Stress, maka kita sering mengalami Gangguan Pencernaan.

4. Jika kita sering merasa KHUATIR, maka kita mudah terkena penyakit Nyeri Bahu atau .

5. Jika kita MUDAH TERSINGGUNG, maka kita akan cenderung terkena penyakit Insomnia (susah tidur).

6. Jika kita sering mengalami KEBINGUNGAN, maka kita akan terkena Gangguan Tulang Belakang Bahagian Bawah.

7. Jika kita sering membiarkan diri kita merasa TAKUT yang BERLEBIHAN, maka kita akan mudah terkena penyakit GINJAL.

8. Jika kita suka ber-NEGATIVE THINKING, maka kita akan mudah terkena DYSPEPSIA (penyakit sulit mencerna).

9. Jika kita mudah EMOSI & cenderung PEMARAH, maka kita terdedah terhadap penyakit HEPATITIS.

10. Jika kita sering merasa "SOMBONG" (tidak pernah peduli) terhadap lingkungan, maka kita akan berpotensi mengalami Penurunan Kekebalan Tubuh.

12. Jika kita sering MENGANGGAP MUDAH semua persoalan, maka hal ini boleh mengakibatkan penyakit Diabetes.

13. Jika kita sering merasa KESEPIAN, maka kita boleh terkena penyakit Demensia Senelis (berkurangnya memori dan kontrol fungsi tubuh).

14. Jika kita sering BERSEDIH dan merasa selalu RENDAH DIRI, maka kita boleh terkena penyakit Leukemia (kanser darah putih)

Sumber dari buku “The Healing dan Discovering the Power of the Water”
By: Dr. Masaru Emoto

Khamis, 16 Julai 2015

Jangan Menunggu


13 kata “JANGAN MENUNGGU” yang perlu dihindari:
*************************
01. Jangan menunggu bahagia baru tersenyum, tapi tersenyumlah, maka kamu akan bahagia.

02. Jangan menunggu kaya baru bersedekah, tapi bersedekahlah, maka kamu semakin kaya.

03. Jangan menunggu termotivasi baru bergerak, tapi bergeraklah, maka kamu akan termotivasi.

04. Jangan menunggu dipedulikan orang baru kamu peduli, tapi pedulilah dengan orang lain! Maka.  akan dipedulikan.

05. Jangan menunggu orang memahami kamu. baru kamu memahami dia, tâpi fahamilah orang itu, maka orang itu akan faham dengan kamu.

06. Jangan menunggu terinspirasi baru menulis.tapi menulislah, maka inspirasi akan hadir dalam tulisanmu.

07. Jangan menunggu projek, baru bekerja, tapi bekerjalah, maka projek akan menunggumu.

08. Jangan menunggu dicintai baru mencintai, tapi belajarlah mencintai, maka kamu akan dicintai.

09. Jangan menunggu banyak wang baru hidup tenang, tapi hiduplah dengan tenang. Percayalah bukan sekadar wang yang datang tapi juga rezeki yang lainnya.

10. Jangan menunggu contoh baru bergerak mengikuti, tapi bergeraklah ke arah kebaikan, maka kamu akan menjadi contoh yang akan diikuti.

11. Jangan menunggu berjaya baru bersyukur tapi bersyukurlah, maka kita akan berjaya.

12. Jangan menunggu boleh, baru melakukan, tapi lakukanlah! Maka kamu pasti boleh!

13. Jangan menunggu waktu luang untuk Allah SWT,
 Tapi luangkan waktu utk Allah SWT.

Sehingga kita semua tersedar dari lena yang panjang dan berjaya bersama.

Rabu, 15 Julai 2015

Kreatif Dalam Sedekah


1. Letakkanlah sedikit makanan kucing dan mangkuk air diluar rumah utk kucing-kucing yang datang.
....................................
2. Sisihkanlah sedikit dari hasil gaji @ upah jerih payahmu, untuk disumbangkan kepada anak yatim & orang miskin.
....................................
3. Sentiasa sediakan wang kecil didalam dompet untuk diberikan kepada yang memerlukan.
....................................
4. Letakkanlah di dalam bilik sebuah kotak. Setiap kali kamu merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil kedalamnya. Genap 1 bulan, buka kotak itu & sedekahkan wang tersebut.
....................................
5. Jika engkau hadir dalam acara keramaian (keluarga & kerabat atau sahabat), belilah 1 @ 2 kotak air mineral, niatkan untuk sedekah kepada orang-orang yang memerlukannya (orang tua, sakit, kanak2 dsb).
....................................
6. Jika kamu membeli barang dari peniaga-peniaga kecil kemudian kemudian peniaga ingin mengembalikan wang baki, biarkan baki wang itu untuknya (sedekah atau hadiah).
..................................
7. Belilah mushaf (al quran). letakkan di salah satu masjid. Bayangkan berapa pahala yg akan kamu dapat daripada setiap huruf bagi mereka yang membacanya.
..................................
..8. Berikanlah perasaan gembira kepada setiap orang, khususnya kepada mereka-mereka yang sedang ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doamu yang tulus.
....................................
9. Lemparkanlah senyuman kepada orang yang kamu temui, berilah salam kepada orang yang duduk, &  bertuturlah dengan ucapan yang baik kerana semuanya adalah sedekah.
....................................
10. Jangan biarkan engkau tertidur, melainkan telah engkau ampuni setiap orang yang telah berbuat tidak baik kepadamu dari mengghibahi, mengadu domba & menzalimimu.
....................................
11. Sedekahkan Alfathihah kepada kedua ibubapa kita, sahabat-sahabat dan kenalan-kenalan kita yang telah meninggal...
....................................

Semoga bermanfaat untuk kita semua... :)

Selasa, 14 Julai 2015

Rumah Kita

R U M A H    K I T A

Kita bukan penduduk bumi,
kita adalah penduduk syurga. Kita tidak berasal dari bumi, tapi kita berasal dari syurga.

Maka carilah bekal untuk kembali ke rumah,
kembali ke kampung halaman.

Dunia bukan rumah kita,
maka jangan cari kesenangan dunia.

Kita hanya pejalan kaki dalam perjalanan kembali kerumah kita.

Bukankah mereka yang sedang dalam perjalanan pulang selalu mengingat rumahnya dan mereka mencari buah tangan untuk kekasih hatinya yang menunggu di rumah?
Lantas, apa yang kita bawa untuk penghuni rumah kita, Rabb yang mulia?

Dia hanya meminta amal soleh dan keimanan, serta rasa rindu padaNya yang menanti di rumah.
Begitu beratkah memenuhi harapanNya?

Kita tidak berasal dari bumi,
kita adalah penduduk syurga.

Rumah kita jauh lebih Indah di sana.

Kenikmatannya tiada terlukiskan, dihuni oleh orang-orang yang mencintai kita. Ada isteri sholehah serta tetangga dan kerabat yang menyejukkan hati.

Mereka rindu kehadiran kita, setiap saat menatap menanti kedatangan kita.
Mereka menanti khabar baik dari Malaikat Izrail.
Bila Keluarga mereka akan pulang.

Ikutilah peta (Al Qur'an) yang Allah titipkan sebagai pedoman perjalanan.
Jangan sampai salah arah dan berbelok ke rumahnya iblis Laknatullah yaitu neraka.

Kita bukan penduduk bumi,
kita penduduk syurga.
Bumi hanyalah perjalanan.
Kembalilah ke rumah kita...

Tips 10 Malam Terakhir Ramadhan


1. Tak kira betapa buruk atau baiknya Ramadhan anda, 10 terakhir kenalah kita buat yang terbaik..

2. Dengar atau baca alquran terutama surah AlQadr..  malam 10 terakhir akan adanya malam Lailatulqadar.

3. Pilih tempat yang terbaik untuk beribadat samada rumah atau masjid. Jangan berbaring dengan bantal sebab takut terlena.

4. Tutup hphone, laptop, ipad dsb

5. Kalau bersendirian, baca alquran dengan kuat supaya telinga dan hati akan bersama2 membaca. Kalau ramai, baca seadanya.

6. Perbanyakkan dan lamakan sujud supaya lebih berdoa... menangislah kepada Allah swt supaya mendapat berkah dunia dan akhirat.

7. Perbanyakkan doa... mintalah yang baik-baik untuk kehidupan kita yang akan datang.. mintalah apa yang anda mahu dan jangan malu-malu kerana anda sedang meminta dari Allah Yang Maha Kaya... mintalah secara specific seperti nak pergi Haji, Anak yg soleh,....

8. Perbanyakkan solat taubat untuk memohon keampunan daripdanya diatas segala kelalaian dan kesilapan yg kita telah lakukan.. bertaubat tidak mahu buat lagi perkara-pekara mungkar tersebut.

9. Baca dan hafal doa untuk bertemu dengan Lailatulqadar... Allahumma innaka 'afuwwun tuhibb al-'afwa fa'affu'anni.... Ya Allah, Kaulah Maha Pengampun dan Pemberi Ampun maka ampunkanlah aku...

10. Mohon kpd Allah swt untuk memberi kamu malam Lailatulqadar dan menerima segala ibadat kamu....

Jika anda rasakan ia tips yg bagus, amalkanlah..semoga ia berguna kepada kita semua. :)