1. Letakkanlah sedikit makanan kucing dan mangkuk air diluar rumah utk kucing-kucing yang datang.
....................................
2. Sisihkanlah sedikit dari hasil gaji @ upah jerih payahmu, untuk disumbangkan kepada anak yatim & orang miskin.
....................................
3. Sentiasa sediakan wang kecil didalam dompet untuk diberikan kepada yang memerlukan.
....................................
4. Letakkanlah di dalam bilik sebuah kotak. Setiap kali kamu merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil kedalamnya. Genap 1 bulan, buka kotak itu & sedekahkan wang tersebut.
....................................
5. Jika engkau hadir dalam acara keramaian (keluarga & kerabat atau sahabat), belilah 1 @ 2 kotak air mineral, niatkan untuk sedekah kepada orang-orang yang memerlukannya (orang tua, sakit, kanak2 dsb).
....................................
6. Jika kamu membeli barang dari peniaga-peniaga kecil kemudian kemudian peniaga ingin mengembalikan wang baki, biarkan baki wang itu untuknya (sedekah atau hadiah).
..................................
7. Belilah mushaf (al quran). letakkan di salah satu masjid. Bayangkan berapa pahala yg akan kamu dapat daripada setiap huruf bagi mereka yang membacanya.
..................................
..8. Berikanlah perasaan gembira kepada setiap orang, khususnya kepada mereka-mereka yang sedang ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doamu yang tulus.
....................................
9. Lemparkanlah senyuman kepada orang yang kamu temui, berilah salam kepada orang yang duduk, & bertuturlah dengan ucapan yang baik kerana semuanya adalah sedekah.
....................................
10. Jangan biarkan engkau tertidur, melainkan telah engkau ampuni setiap orang yang telah berbuat tidak baik kepadamu dari mengghibahi, mengadu domba & menzalimimu.
....................................
11. Sedekahkan Alfathihah kepada kedua ibubapa kita, sahabat-sahabat dan kenalan-kenalan kita yang telah meninggal...
....................................
Semoga bermanfaat untuk kita semua... :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan