Selasa, 14 Julai 2015

Tips 10 Malam Terakhir Ramadhan


1. Tak kira betapa buruk atau baiknya Ramadhan anda, 10 terakhir kenalah kita buat yang terbaik..

2. Dengar atau baca alquran terutama surah AlQadr..  malam 10 terakhir akan adanya malam Lailatulqadar.

3. Pilih tempat yang terbaik untuk beribadat samada rumah atau masjid. Jangan berbaring dengan bantal sebab takut terlena.

4. Tutup hphone, laptop, ipad dsb

5. Kalau bersendirian, baca alquran dengan kuat supaya telinga dan hati akan bersama2 membaca. Kalau ramai, baca seadanya.

6. Perbanyakkan dan lamakan sujud supaya lebih berdoa... menangislah kepada Allah swt supaya mendapat berkah dunia dan akhirat.

7. Perbanyakkan doa... mintalah yang baik-baik untuk kehidupan kita yang akan datang.. mintalah apa yang anda mahu dan jangan malu-malu kerana anda sedang meminta dari Allah Yang Maha Kaya... mintalah secara specific seperti nak pergi Haji, Anak yg soleh,....

8. Perbanyakkan solat taubat untuk memohon keampunan daripdanya diatas segala kelalaian dan kesilapan yg kita telah lakukan.. bertaubat tidak mahu buat lagi perkara-pekara mungkar tersebut.

9. Baca dan hafal doa untuk bertemu dengan Lailatulqadar... Allahumma innaka 'afuwwun tuhibb al-'afwa fa'affu'anni.... Ya Allah, Kaulah Maha Pengampun dan Pemberi Ampun maka ampunkanlah aku...

10. Mohon kpd Allah swt untuk memberi kamu malam Lailatulqadar dan menerima segala ibadat kamu....

Jika anda rasakan ia tips yg bagus, amalkanlah..semoga ia berguna kepada kita semua. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan