Sabtu, 8 Ogos 2015

5 Tips Awal Untuk Berubah

5 cara awal untuk berubah.

Cara awal bagi wanita yang baru nak belajar menutup aurat.

1.Tukar gambar DP.
Ganti gambar DP yang tak tutup aurat ke gambar kucing, awan, pokok semalu.

2. Delete segala gambar yang menggoda.

3. Pakai tudung, handsock(sarung lengan), stokin, ke mana mana saja. Jangan kisah apa orang nak kata. Pasang angan. Kita sedang mahu menuju ke Syurga. Sedang.

4.Dekatkan diri dengan perkara baik. Minta nasihat dari ustazah, muslimah yang lain. Dengar ceramah. Di you tube pun boleh. Join usrah dan lain lain.

5.Dekatkan diri pada yang Esa supaya ditetapkan hati. Tetapkan iman dalam perubahan ini. Berjaya untuk yang last ni? TAHNIAH! Moga istiqamah selamanya.

Menjadi wanita solehah juga bukanlah suatu khayalan di tengah hari, bukan suatu angan-angan yang dimimpi- mimpi? Layak atau tidak? Semuanya bergantung pada diri sendiri. Jika tiada usaha, maka tidak usah mengharapkan bulan jatuh ke riba. Kita berserah sahaja pada Allah sama ada kita ini layak atau tidak untuk mendapat anugerah "wanita solehah". Kita yang perlu mencari. Hidayah tak datang dengan sendiri. Semoga istiqamah bakal bidadari bidadari syurga.

"Walaupun aku tak menutup aurat, tapi aku baik."
Bukan isu baik atau tak.
tapi Orang yang taat perintah Allah mesti akan menutup aurat
Pergelangan tangan itu dah aurat  nak sinsing lengan baju tak salah tapi itu pun kalau anda lelaki.  Nak selamat pakai sarung lengan. Panas? Takpa panas sikit di dunia, asalkan tak panas di sana.
Kaki pun aurat. Stokin tak wajib pun, tapi kaki tu aurat. Kalau nak pakai cardbox atau plastik sekali pun boleh sangat tapi cari yang warna gelap. Jangan yang lutsinar.           .
Tudung tu. Tak kisah anda nak pakai jenis yang macam mana pun. Hana Tajima, shawl, pashmina or bawal. It's up to you. Tapi Allah suruh tutup dada kan? Apa salahnya anda labuhkan sampai ke bawah dada. Ini perintah Allah, bukan dari saya.

Baju/kain/seluar tu. Saya tau anda masih muda, nak bergaya, ikut fesyen.Ada rasa teringin itu ini. Tapi biarlah menutup aurat dengan sebaik-baiknya. Tak ketat, tak jarang, tak singkat. Islam tak larang kita nak berfesyen, asalkan syariat tidak diketepikan.
Maha Suci Allah.
Tepuk dada, tanya iman.
Anda. Islam. Tudung labuh. Jubah. Pakaian ikut syariat tu bukannya untuk ustaz ustazah, pelajar sekolah, universiti atau aliran agama sahaja.
Islam tu untuk SEMUA.
Jangan pernah malu tunjukkan identiti Islam kita.

Maaf. Kalau  terasa. Mak selalu pesan. Tak best kalau masuk syurga sorang sorang.

Cinta

🌸MOTIVASI & KAUNSELING🌸
.
Usrah : CINTA
.
Bismillahirahmnirahim
.
● Nak move on? first step is, Believe. Believe that Allah has better plans for u and someone will come into ur life, someday. Have faith  
.
● Nak move on ? Yang kedua " Jangan ajar hati suka orang , jangan ajar hati berpaut pada yg belum halal " 
.
● Nak move on ? Yang ketiga Perbanyakkan ingat mati Ingat Allah perbanyakkan zikir.
.
Nak move on ? Ke empat Sibukkan diri dengan macam macam kerja, jangan asyik memikirkan dia yg belum tentu jodoh kita. 
.
● Cara move on yang terbaik Hadirkan cinta Allah mendahului makhluk baru Saat itu Allah akan kurniakan Cinta halal buat kita.
.
● Tanamkan dalam diri ,aku boleh berubah lillahitaala , Allah sentiasa ada untuk sokong dalam jatuh dan bangun aku.

Khamis, 6 Ogos 2015

Berjaya dan Kekal Berjaya

Nak berjaya dan kekal berjaya mesti kena ada tiga elemen ni:

1) Niat. Bukan kerana duit semata.
2) Ilmu. Belajar, Mengajar dan Diajar tanpa jemu.
3) Konsisten.

Biasanye ramai suka tengok orang-orang yang dah berjaya, dalam hati selalu kata "kenapa aku tak jadi macam diorang ?"
Tapi kita tak nampak apa yang mereka dah buat sebelum ni untuk mereka jadi seperti hari ni, dan kita pulak masih lagi selesa n tak sanggup buat apa yang kita perlu buat hari ni untuk jadi yang lebih baik di masa akan datang..

Wawallahu'alam.

Tips Untuk Pelajar

Tips Untuk Pelajar.

1) Mandi waktu pagi antara pukul 1pg - 6pg. Pada waktu ini,sangat bagus mandi,kerana ia akan mengurangkan lemak dalam badan.

2) Jika bangun pukul 4 dan ke atas,jangan lagi tidur selepas itu,kerana jika tidur semula,akan melemahkn badan.

3) Sarapan antara pukul 7pg - 7:30pg. Bagus sarapan pada waktu ini kerana ia akan meningkatkan kadar metabolisme dlm badan.

4) Datang ke kelas seeloknya 10 minit awal atau lebih awal,kerana ia adalah adab, dan mungkin ada keberkatan di situ.

5) Makan tengahari dengan kadar biasa, selepas setengah jam,tidur seketika 10-15 minit, kemudian basahkan kepala untuk kembali segar.

6) Lakukan aktiviti fizikal selepas asar,kerana waktu ini tidak sesuai untuk belajar. Jadi,gunakannya untuk sebarang aktiviti fizikal.

7) Mandi malam lebih kurang antara pukul 6ptg - 6:30ptg.jangan beriadah terlalu lama,kerana ia akan meletihkan badan pada waktu malam.

8) Luangkan masa maghrib-isya` kepada Allah,kerana waktu ini adalah waktu tenangkan minda dengan terapi.

9) Mula study lepas isya`. Hanya ambil masa 30 minit untuk satu subjek, seterusnya subjek lain, sampai cukup 2 atau 2.30 jam untuk setiap malam.

10) Tidur awal,lebih kurang pukul 11atau 11:30 mlm. Kerana pada waktu ini,hormon dalam badan perlukan rehat untuk memproses badan dengan baik.

11) Jangan lupa bertahajud dan qiamullail,kerana inilah ikatan yang kukuh antara hamba dan Penciptanya.

Wallahu'alam .
Moga bermanfaat.

Selasa, 4 Ogos 2015

Jangan Bersifat Negatif

JANGAN BERSIFAT NAGETIF

1. MARAH selama 5 minit akan menyebabkan sistem imun tubuh kita menjadi lemah selama 6 jam.

2. DENDAM dan MENYIMPAN KEPAHITAN akan menyebabkan imun tubuh kita mati.. Dari situlah bermula segala penyakit, seperti Stress, Kolesterol, Hipertensi, Serangan Jantung, Rhematik, Arthtritis, Stroke (perdarahan/penyumbatan pembuluh darah)…..

3. Jika kita sering membiarkan diri kita Stress, maka kita sering mengalami Gangguan Pencernaan.

4. Jika kita sering merasa KHUATIR, maka kita mudah terkena penyakit Nyeri Bahu atau .

5. Jika kita MUDAH TERSINGGUNG, maka kita akan cenderung terkena penyakit Insomnia (susah tidur).

6. Jika kita sering mengalami KEBINGUNGAN, maka kita akan terkena Gangguan Tulang Belakang Bahagian Bawah.

7. Jika kita sering membiarkan diri kita merasa TAKUT yang BERLEBIHAN, maka kita akan mudah terkena penyakit GINJAL.

8. Jika kita suka ber-NEGATIVE THINKING, maka kita akan mudah terkena DYSPEPSIA (penyakit sulit mencerna).

9. Jika kita mudah EMOSI & cenderung PEMARAH, maka kita terdedah terhadap penyakit HEPATITIS.

10. Jika kita sering merasa "SOMBONG" (tidak pernah peduli) terhadap lingkungan, maka kita akan berpotensi mengalami Penurunan Kekebalan Tubuh.

12. Jika kita sering MENGANGGAP MUDAH semua persoalan, maka hal ini boleh mengakibatkan penyakit Diabetes.

13. Jika kita sering merasa KESEPIAN, maka kita boleh terkena penyakit Demensia Senelis (berkurangnya memori dan kontrol fungsi tubuh).

14. Jika kita sering BERSEDIH dan merasa selalu RENDAH DIRI, maka kita boleh terkena penyakit Leukemia (kanser darah putih)

Sumber dari buku “The Healing dan Discovering the Power of the Water”
By: Dr. Masaru Emoto

Khamis, 16 Julai 2015

Jangan Menunggu


13 kata “JANGAN MENUNGGU” yang perlu dihindari:
*************************
01. Jangan menunggu bahagia baru tersenyum, tapi tersenyumlah, maka kamu akan bahagia.

02. Jangan menunggu kaya baru bersedekah, tapi bersedekahlah, maka kamu semakin kaya.

03. Jangan menunggu termotivasi baru bergerak, tapi bergeraklah, maka kamu akan termotivasi.

04. Jangan menunggu dipedulikan orang baru kamu peduli, tapi pedulilah dengan orang lain! Maka.  akan dipedulikan.

05. Jangan menunggu orang memahami kamu. baru kamu memahami dia, tâpi fahamilah orang itu, maka orang itu akan faham dengan kamu.

06. Jangan menunggu terinspirasi baru menulis.tapi menulislah, maka inspirasi akan hadir dalam tulisanmu.

07. Jangan menunggu projek, baru bekerja, tapi bekerjalah, maka projek akan menunggumu.

08. Jangan menunggu dicintai baru mencintai, tapi belajarlah mencintai, maka kamu akan dicintai.

09. Jangan menunggu banyak wang baru hidup tenang, tapi hiduplah dengan tenang. Percayalah bukan sekadar wang yang datang tapi juga rezeki yang lainnya.

10. Jangan menunggu contoh baru bergerak mengikuti, tapi bergeraklah ke arah kebaikan, maka kamu akan menjadi contoh yang akan diikuti.

11. Jangan menunggu berjaya baru bersyukur tapi bersyukurlah, maka kita akan berjaya.

12. Jangan menunggu boleh, baru melakukan, tapi lakukanlah! Maka kamu pasti boleh!

13. Jangan menunggu waktu luang untuk Allah SWT,
 Tapi luangkan waktu utk Allah SWT.

Sehingga kita semua tersedar dari lena yang panjang dan berjaya bersama.

Rabu, 15 Julai 2015

Kreatif Dalam Sedekah


1. Letakkanlah sedikit makanan kucing dan mangkuk air diluar rumah utk kucing-kucing yang datang.
....................................
2. Sisihkanlah sedikit dari hasil gaji @ upah jerih payahmu, untuk disumbangkan kepada anak yatim & orang miskin.
....................................
3. Sentiasa sediakan wang kecil didalam dompet untuk diberikan kepada yang memerlukan.
....................................
4. Letakkanlah di dalam bilik sebuah kotak. Setiap kali kamu merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil kedalamnya. Genap 1 bulan, buka kotak itu & sedekahkan wang tersebut.
....................................
5. Jika engkau hadir dalam acara keramaian (keluarga & kerabat atau sahabat), belilah 1 @ 2 kotak air mineral, niatkan untuk sedekah kepada orang-orang yang memerlukannya (orang tua, sakit, kanak2 dsb).
....................................
6. Jika kamu membeli barang dari peniaga-peniaga kecil kemudian kemudian peniaga ingin mengembalikan wang baki, biarkan baki wang itu untuknya (sedekah atau hadiah).
..................................
7. Belilah mushaf (al quran). letakkan di salah satu masjid. Bayangkan berapa pahala yg akan kamu dapat daripada setiap huruf bagi mereka yang membacanya.
..................................
..8. Berikanlah perasaan gembira kepada setiap orang, khususnya kepada mereka-mereka yang sedang ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doamu yang tulus.
....................................
9. Lemparkanlah senyuman kepada orang yang kamu temui, berilah salam kepada orang yang duduk, &  bertuturlah dengan ucapan yang baik kerana semuanya adalah sedekah.
....................................
10. Jangan biarkan engkau tertidur, melainkan telah engkau ampuni setiap orang yang telah berbuat tidak baik kepadamu dari mengghibahi, mengadu domba & menzalimimu.
....................................
11. Sedekahkan Alfathihah kepada kedua ibubapa kita, sahabat-sahabat dan kenalan-kenalan kita yang telah meninggal...
....................................

Semoga bermanfaat untuk kita semua... :)