Khamis, 30 April 2015

Jom Kita Berzikir

🐝سبحان الله🐝
🍯والحمدلله🍯
🐝ولا إله إلا الله🐝
🍯والله أكبر🍯
🐝سبحان الله🐝
🍯والحمدلله🍯
🐝ولا إله إلا الله🐝
🍯والله أكبر🍯

🐝سبحان الله🐝
🍯والحمدلله🍯
🐝ولا إله إلا الله🐝
🍯والله أكبر🍯

🐝سبحان الله🐝
🍯والحمدلله🍯
🐝ولا إله إلا الله🐝
🍯والله أكبر🍯

🐝سبحان الله🐝
🍯والحمدلله🍯
🐝ولا إله إلا الله🐝bb
🍯والله أكبر🍯

🐝سبحان الله🐝
🍯والحمدلله🍯
🐝ولا إله إلا الله🐝
🍯والله أكبر🍯

🐝سبحان الله🐝
🍯والحمدلله🍯
🐝ولا إله إلا الله🐝
🍯والله أكبر🍯
🐝سبحان الله🐝
🍯والحمدلله🍯
🐝ولا إله إلا الله🐝
🍯والله أكبر🍯

🐝سبحان الله🐝
🍯والحمدلله🍯
🐝ولا إله إلا الله🐝
🍯والله أكبر🍯

🐝سبحان الله🐝
🍯والحمدلله🍯
🐝ولا إله إلا الله🐝
🍯والله أكبر🍯

🐝سبحان الله🐝
🍯والحمدلله🍯
🐝ولا إله إلا الله🐝
🍯والله أكبر🍯

🐝سبحان الله🐝
🍯والحمدلله🍯
🐝ولا إله إلا الله🐝bb
🍯والله أكبر🍯

🐝سبحان الله🐝
🍯والحمدلله🍯
🐝ولا إله إلا الله🐝
🍯والله أكبر🍯

🐝سبحان الله🐝
🍯والحمدلله🍯
🐝سبحان الله🐝
🍯والحمدلله🍯
🐝ولا إله إلا الله🐝
🍯والله أكبر🍯

🐝سبحان الله🐝
🍯والحمدلله🍯
🐝ولا إله إلا الله🐝
🍯والله أكبر🍯

🐝سبحان الله🐝
🍯والحمدلله🍯
🐝ولا إله إلا الله🐝
🍯والله أكبر🍯

🐝سبحان الله🐝
🍯والحمدلله🍯
🐝ولا إله إلا الله🐝
🍯والله أكبر🍯

🐝سبحان الله🐝
🍯والحمدلله🍯
🐝ولا إله إلا الله🐝bb
🍯والله أكبر🍯

🐝سبحان الله🐝
🍯والحمدلله🍯
🐝ولا إله إلا الله🐝
🍯والله أكبر🍯

🐝سبحان الله🐝
🍯والحمدلله🍯
🐝ولا إله إلا الله🐝
🍯والله أكبر🍯

Alhamdulillah :)

Jumaat, 24 April 2015

Family

"F A M I L Y"

♡ Saya berlanggar dengan seseorang yang tidak saya kenal. "
Oh, maafkan saya," reaksi spontan saya.
Ia juga berkata: "Maafkan saya juga." Orang itu & saya berlaku sangat sopan. Kami berpisah & mengucapkan selamat tinggal...

Namun cerita lainnya terjadi di rumah.

♡ Pada hari itu juga, saat saya memasak makan malam, anak lelaki saya berdiri diam² di belakang saya. Ketika saya berpusing, hampir saja membuatnya jatuh. "TEPI!!!" teriak saya dgn marah. Ia pergi dgn hati hancur......

Saat berbaring di tempat tidur, dengan halus Tuhan berbicara: "Sewaktu kamu berurusan dgn org yang tidak kau kenal, etika kesopanan kamu gunakan, tetapi dgn anak yg engkau kasihi, engkau perlakukan dgn sewenang²......
Cuba lihat ke lantai dapur, engkau akan menemukan kuntum² bunga yg bertaburan. Bunga² tsb telah dipetik oleh anakmu; merah, kuning & biru. Anakmu berdiri di belakangmu tanpa suara utk memberikan kejutan bagimu tetapi
kamu bahkan tidak melihat matanya yang basah saat itu."

Sekarang air mataku mulai menitis.
Pelan² saya pergi ke bilik anakku dan berlutut dekat tempat tidurnya, "Apakah bunga² ini engkau petik untukku, anakku?"
Ia tersenyum, " Aku ambil bunga² itu krn mereka cantik spt Ibu. Aku tahu Ibu akan menyukainya, terutama yg berwarna biru."
"Anakku, Ibu sangat menyesal krn telah berlaku kasar pdmu."
Si kecilku berkata, "Oh ibu, tdk apa². Aku tetap mencintaimu" "Anakku, aku mencintaimu juga. Aku benar² menyukai bunga²  ini, terutama yg biru." Dan kupeluk anakku. Kuciumi pipi & keningnya.
Air mataku tak dpt kubendung lagi...

Apakah kita menyedari bahwa jika kita mati besok pagi, majikan di mana kita bekerja akan dgn mudahnya mencari pengganti kita dlm beberapa hari?

Tetapi keluarga yg kita tinggalkan akan merasakan kehilangan sepanjang hidup mereka......

Apakah anda tahu apa erti kata KELUARGA?
Dlm bahasa Inggris, KELUARGA = FAMILY...
FAMILY = (F)ather (A)nd (M)other, (I)I (L)ove (Y)You...

Sayangi keluargamu sekarang lebih & lebih lagi..Kita pernah "Dilukai" Dan pernah "Melukai"
Tapi kerana itu kita belajar tentang bagaimana cara Menghargai, Menerima, Berkorban dan Memperhatikan...

Kita pernah "Dibohongi"
Dan kita pernah "Membohongi"
Tapi dari situ kita belajar tentang Kejujuran...

Andaikan kita tidak pernah melakukan kesalahan dalam hidup ini, mungkin kita tidak pernah belajar erti diri meminta maaf dan memberi maaf...

Setiap waktu yg telah kita habiskan dalam hidup ini, tidak akan terulang kembali, namun ada satu hal yg masih tetap boleh kita lakukan iaitu belajar dari masa lalu yg tdk baik untuk esok yg lebih baik...

Hidup adalah Proses...
Hidup adalah Belajar...
Tanpa ada batas umur...
Tanpa ada kata Tua...sdh saatnya kita memperbaiki diri kita sendir dll..jgn selalu negatif terhadap org lain...

Jatuh...Berdiri lagi
Kalah...Mencuba lagi
Gagal... Bangkit lagi...
Sampai Tuhan berkata :
"Waktunya kau untuk pulang"
Orang yang bahagia itu akan selalu :

* menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmat.

* menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa,

* menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan,

* menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan,

* menyediakan waktu untuk bersenda-gurau kerana bersenda-gurau itu akan membuat muda selalu

* dan menyediakan waktu beribadah kerana beribadah itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.                                       
Selamat bergembira bersama keluarga tercinta.                                   
-semoga semua hidup berbahagia-

Rabu, 11 Mac 2015

Sakitnya

Hmmm..apalah nasib aku hari ni,pagi tadi tengah gotong-royong dihalaman rumah ade pulak 2 ekor lebah berkeliaran dicelah-celah pokok waktu tu tengah sapu sampah pastu tiba-tiba lebah tu serang dan terkena sengat lebah tu dekat tangan dan bengkak....sakitnyaaa :( ..

Lepas tu sapu minyak gamat rasa pedih tak tahan rasenya macam rase nak jerit pun ada..hahaha,pada hari keesokanya tanganku makin bengkak besar dan rase kebas aku pun pergi lah klinik,lepastu doktor periksa tanganku dan doktor berkata  cuma biasa-biasa saja..fuhhh aku rase lega bila doktor kata begitu,takut jugak kalau ada racun masa lebah tu sengat kalau ada tak tahu lah..wawallah'hualam

Aku teringat masa balik kampung dulu waktu tu tengan berkebun sambil tu petik buah rambutan dipokok yang agak lebat pastu aku jamah sorang-sorang ..hihihi..pastu terjumpa musuh aku iaitu seekor kala jengking yang besar tapi xdelah besar sangat,aku tengok kala jengking tu lebih dekat dibahagian ekor,..huishhh punyalah tajam ekornya macam pisau kalau kena tu tak tau lah mungkin xboleh jalan sebab ada racun,kata pakcik aku kalau kena boleh mati..huishhhh seramnyerrr.

Pada beberapa hari tanganku yang disengat oleh sang lebah tu telah sembuh...Alhamdulillah syukur sangat :) ..dan skrang boleh la sambung kerja gotong-royong dihalaman rumah.. yeahhh haha..jangan terserempak sang lebah tu sudah xpasal-pasal kena lagi..hihihi :)

Ehhh,terdengar azan berkumandang tu menandakan telah masuk waktu solat asar bagi kawasan masa waktu dengannya..haha  ..tunggu apa lagi moh kite pi solat..hihi ingat jangan lambat-lambatkan solat :)

Bye,jumpa lagi :)
Assalamualaikum....

Hidup adalah perjuangan...

Rabu, 4 Mac 2015

Hidup Adalah Perjuangan

      Assalamualaikum...sekian lama tidak menulis blog ini...hihihi... :)..apa khabar semua warga blogger-blogger ni..haha.. :) sihat ke kalau sihat alhamdillillah,mana-mana yang tidak sihat tu banyak bersabar,kata orang bersabar separuh daripada iman,btol tak..hihihh..mungkin allah s.w.t menguji hambanya dengan nikmat kesakitan supaya sentiasa mengingati allah dan mati.. :)

      Okeylah,hari ini tiba-tiba saja tergerak hati hendak menulis ,sampai saja buka blog ni tak tahu nak tulis apa..hahaha :)...hmmm,cuaca hari panas kan maklumlah musim panas tapi bila fikir je panas mengidam pulak abc,ais kacang,cendol dan macam-macam lagi.Bila mengidam abc terpaksalah keluar rumah cari dimana warung abc bila sampai je warung orderlah 2 mangkuk menghadap sorang2..hihihihi.

      Selepas je dah kekenyangan melantak abc diwarung aku pun beredar dari warung tu dan balik rumah,bile sampai je rumah tiba-tiba kepalaku pening dan pengsan dekat rumah..hmmm :(..tak tahu lah macam mana boleh jadi macam tu..Sejak kebelakangan ni sering sakit kepala dan pening macam nak muntah pun ada dan diriku rasa lemah...hmmm,ntah lah tapi aku tidak peduli semua tu,aku kan kuat dan aku seorang lelaki yang hebat kata orang "abang sado" hahaha :)..Walaupun aku sakit atau tidak hidup kenalah diteruskan,kalau aku sakit mungkin aku sedang diuji oleh allah tapi aku redha sakit teruk sekali pun aku terima apa yang allah bagi.Allah bagi nikmat kesakitan kepada hambanya bukan kerana benci tapi kerana sayang dan allah nak tengok hambanya samada boleh bersabar atau tidak,bukan tu je allah bagi nikmat kesakitan dapat menghapuskan atau menyingkirkan dosa dalam diri kita..Allah menguji kita dengan pelbagai ujian itu tandanya allah sayang kita dan allah tidak pinggirkan kita..btol tak,kalau salah harap diperbetulkan..hihihihi :)

      Okeylah sampai disini saja menulis di blog ini... eah lupa pulak ade satu doa memohon kesihatan yang baik marilah kita sama-sama kita berdoa serta amalkan..


        Bismillahirahmannirrahim
             
       Ya Allah,sihatkanlah akan aku pada tubuhku,dan sihatkanlah akan aku pada penglihatanku dan jadikanlah terus menerus bagiku.Tidak ada tuhan melainkan Engkau Yang Santun serta Yang Mulia.Maha Suci Allah,Tuhan Yang Memelihara Arasy yang besar.Segala puji bagi Allah,Tuhan Seru sekalian alam.....Amin amin amin yarabbal'alamin


sekian...



Hidup adalah perjuangan ~ Mohd Izzudin :)
             



     
   

     








Ahad, 7 Disember 2014

Assalamualaikum warahmatullahwabarakatuh...


Jiwa seseorang hamba tidak pernah terlepas daripada ujian.Berbeza diri seseorang,berbeza pula ujian yang dihadapi.Ada orang yang diuji pada harta mereka.Ada pula yang diuji pada tubuh badan.Sama ada ujian itu berbentuk kesusahan atau kesenangan,semuanya ada tanda bahawa itulah kasih saying ILAHI.

     Nabi Ayub diuji dengan kesakitan dan kepayahan.Nabi Isa diuji dengan kemiskinan.Nabi Sulaiman dengan kekayaan tapi mereka tetap bersabar.Begitu pula Nabi Muhammad s.a.w yang diuji dengan pelbagai rintangan ketika berdakwah.Namun,kesabaran mereka begitu luar biasa.

     Janji ALLAH adalah pasti.Sebagaimana ALLAH menjanjikan bahawa setiap yang bernyawa akan merasai kematian,sebagaimana ALLAH menjanjikan ada kemudahan selepas kesulitan,begitu juga janji-Nya bahawa setiap mukmin tidak akan hanya dibiarkan berkata mereka telah beriman selagi tidak diuji.Suka atau tidak,pasti ujian itu akan hadir.

     Mereka yang sabra pasti dapat menghadapinya.Tidak kurang juga ada yang terkandas dan tergelicir.Ada yang berputus asa,lantasmudah dirasuk perasaan untuk memusnahkan diri.Ada pula yang lebih teruk sehingga menyalahkan ALLAH kerana menurunkan ujian sebegitu.

     Sering kali diungkapkan bahawa kesabaran adalah kunci kejayaan.Namun,ujian tidak pernah berhenti.Ada orang yang Berjaya bersabar ketika susah tapi terjatuh apabila diuji dengan kesenangan.Ada orang yang Berjaya dalam melakukan perintah ALLAH tapi hilang punca ketika diuji dengan musibah.Maka,masikah ada kesabaran?

     ALLAH S.W.T berfirman,"Wahai sekalian orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah  dengan menyempurnakan sesuatu perintah tuhan dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang,kerana sesungguhnya ALLAH menyertai (menolong) orang yang sabra." Surah Al Baqarah :153

     Malah ALLAH sendiri memuji perkataan sabra dengan menyatakan bahawa kesabaran itu adalah cantik.Lebih menarik Al Quran juga merakamkan kepada kita kisah-kisah kesabaran para Nabi dan Rasul dalam menghadapi pelbagai ujian sehingga digelar sebagai Ulul Azmi,iaitu yang banyak sekali ujianya.

     Oleh kerana itulah disusunkan,diaturkan susunan Rasul itu,nabi yang paling tinggi maqam dan martabatnya adalah Nabi Muhammad s.a.w.Diikuti oleh Nabi Ibrahim,Nabi Musa,Nabi Isa dan Nabi Nuh.Kelima-lima mereka inilah yang dipanggil nabi-nabi Ulul Azmi,iaitu paling banyak ujian.Merekalah yang paling banyak diuji ALLAH.Maka gambaran kesabaran ituterletaknya pada kesabaran nabi-nabi Ulul Azmi ini dan nabi-nabi yang lain.

     Begitu juga Allah s.w.t letakkan kepada kita kesabaran yang tinggi,diuji dengan pelbagai dugaan.Kita perlu faham bahawa ujian ini bukan setakat berbentuk kesusahan dan musibah.Ujian Allah s.w.t dating dalam pelbagai bentuk.Semua itu adalah tanda kasih dan saying ALLAH kepada hamba-Nya.

     Hidup ini sememangnya dipenuhi ujian.Itulah hakikat yang tidak pernah dapat kita pisahkan.Di sebalik berbezaanya manusia,berbeza ujianya,begitu juga berbeza pula cara kita memandang ujian tersebut.

     Ya,disinilah warnanya hidup ini.Setiap perbezaan dalam menerima ujian itulah yang mewarnai kehidupan didunia.bukan setiap masa diuji dengan kesusahan.Bukan juga setiap masa kita diuji dengan kesenangan.Bahkan ada masa dan ketikanya,kita tidak pernah menjangka akan berlaku ujian sebegitu rupa.Ada kala kita sendiri mungkin terlupa bahawa diri sedang diuji.

     Ketika diri diuji,kita tertanya-tanya,mengapa perlu diuju? Mengapa ketika orang lain senang ,kaya dan bahagia,kita pula berduka cita.Ketika kejujuran yang dipersembahkan,kita pula menjadi mangsa dek kesilapan orang lain.Mereka berbahagia,bergelak ketawa sedangkan kita pula berduka lara dan berlinang air mata.Apakah itu tanda bahawa ALLAH tidak sayangkan kita?

     Hakikatnya,dunia tidak pernah sunyi dengan mereka yang bermandi air mata dalam menghadapi ujian.Perit,jerih dan pedih terpaksa dikesampingan malah terus gagah melayari kehidupan walau diri dihimpit ujian.Kekuatan diri itu pasti berpunca daripada keyakinan bahawa Allah tidak pernah meminggirkan kesabaran setiap hamba-Nya.Ujian yang dilalui bukanlah sia-sia.

     Itulah janji Allah.Dia tidak akan menguji hamba-Nya yang sia-sia.Sama ada ujian itu berbentuk kesusahan,kesenangan,musibah atau kesakitan,Allah lebih mengetahui mengapa kita diuji.Malah,Allah menegaskan agar jangan mengharap kepada syurga selagi belum diuji.Ujian itu boleh jadi berbentuk kelaparan,dan kesusahan.Tidak kurang juga berbentuk kesenangan.Matlamatnya? Agar ALLAH tahu siapakah dalam kalangan hambaNya yang paling terbaik amalan.

     Benar.Allah tidak  sebut siapa yang paling banyak amalanya.Tapi,ALLAH menyebut siapakah yang paling terbaik amalanya.Apabila disebut sahaja iman, Allah pasti akan menguji kita.Oleh kerana itu,Allah berpesan,jika belum datang ujian,janganlah menyangka bahawa kita ini ahli syurga.Disinilah,kita memerlukan kepada sabar.




Sabarlah Dalam Mengerjakan Ketaatan

Kata orang mudah untuk melakukan kebaikan,tapi sukar untuk istiqamah.Pasti ramai diantara kita punya cita-cita untuk menjadi hamba Allah yang taat.Sama ada taat melakukan apa yang  diperintahkan atau taat meniggalkan apa yang larang,semuanya bukanlah semudah diimpikan.Ada ujian menanti.Ia memerlukan istiqamah dan kesabaran tinggi.

     Jika ingin menjadi hamba Allah yang taat,maka banyak kesabaran yang diperlukan.Sebagai contoh,apabila hendak datang ke majlis ilmu,tidak kurang ujian  yang menanti.Mesti ada kesanggupan untuk bersesak,berdiri dan berada diluar pagar semata-mata ingin menimba ilmu.Ada orang apabila tidak sabar setelah berpusing-pusing mencari tempat letak kereta tapi masih tidak jumpa,akhirnya mengambil keputusan untuk pulang sahaja.

     Tapi,jika seseorang itu sabar dalam keadaan taat,maka sudah pasti dia akan berada di peringkat tertinggi kesabaran.Mengapa apabila dikatakan untuk taat,kita perlukan kesabaran? Jawapanya adalah kerana orang yang ingin beribadat kepada Allah ini akan diuji dengan pelbagai ujian.

     Jika ingin menjadi hamba yang taat,sabar amat perlu.Banyak cabaran yang perlu dilalui.Bahkan terlalu besar kesabaran yang harus dititipkan demi melaksanakan  sebuah ketaatan.Bukan mudah untuk mendirikan solat,menunaikan ibadah puasa,membayar zakat dan mengerjakan haji.Apatah lagi untuk istiqamah melakukannya.Semuanya memerlukan kesabaran.

     Apabila terdengar laungan azan pada dingin pagi,kita perlu terus bangun untuk menunaikan solat subuh.Pasti wujud cabaran sama ada kita mahu meneruskan tidur atau mengerjakan tuntutan ibadat tersebut.Begitu pula apabila sedang leka makan,kita perlu berhenti terlebih dahulu untuk menunaikan solat.Maka,disinilah kesabaran dalam melakukan ketaatan itu akan teruji.

     Begitu juga ketika sedang enak menikmati makanan sepanjang tahun,tiba pada sesuatu ketika kita perlu berhenti.Ada perintah lain yang sedang menanti.Ya,puasa! Ia perlu dilakukan dengan penuh kesabaran dan ketaatan.

     Selepas bersusah payah,membanting tulang dan berpenat lelah mencari rezeki,datang pula perintah agar kita menunaikan zakat.Ia perlu dilakukan penuh kesabaran demi sebuah ketaatan.Itulah cabaran dan ujiannya.Contohnya,ada orang yang kerjanya menanam padi,sekejap diserang banjir,sekejap tidak,namun apabila telah dapat hasil,zakat perlu dibayar.

     Itulah maknanya sabar dalam ketaatan.Kesabaran ini menuntut kepada pengorbanan dan penghayatan sebenar-benarnya.Andai tiada kesabaran yang tinggi,agak mustahil untuk dilaksanakan ketaatan itu.Fikir dan renungkanlah diri sendiri....dimanakah tahap kesabarah kita?