Assalamualaikum...sekian lama tidak menulis blog ini...hihihi... :)..apa khabar semua warga blogger-blogger ni..haha.. :) sihat ke kalau sihat alhamdillillah,mana-mana yang tidak sihat tu banyak bersabar,kata orang bersabar separuh daripada iman,btol tak..hihihh..mungkin allah s.w.t menguji hambanya dengan nikmat kesakitan supaya sentiasa mengingati allah dan mati.. :)
Okeylah,hari ini tiba-tiba saja tergerak hati hendak menulis ,sampai saja buka blog ni tak tahu nak tulis apa..hahaha :)...hmmm,cuaca hari panas kan maklumlah musim panas tapi bila fikir je panas mengidam pulak abc,ais kacang,cendol dan macam-macam lagi.Bila mengidam abc terpaksalah keluar rumah cari dimana warung abc bila sampai je warung orderlah 2 mangkuk menghadap sorang2..hihihihi.
Selepas je dah kekenyangan melantak abc diwarung aku pun beredar dari warung tu dan balik rumah,bile sampai je rumah tiba-tiba kepalaku pening dan pengsan dekat rumah..hmmm :(..tak tahu lah macam mana boleh jadi macam tu..Sejak kebelakangan ni sering sakit kepala dan pening macam nak muntah pun ada dan diriku rasa lemah...hmmm,ntah lah tapi aku tidak peduli semua tu,aku kan kuat dan aku seorang lelaki yang hebat kata orang "abang sado" hahaha :)..Walaupun aku sakit atau tidak hidup kenalah diteruskan,kalau aku sakit mungkin aku sedang diuji oleh allah tapi aku redha sakit teruk sekali pun aku terima apa yang allah bagi.Allah bagi nikmat kesakitan kepada hambanya bukan kerana benci tapi kerana sayang dan allah nak tengok hambanya samada boleh bersabar atau tidak,bukan tu je allah bagi nikmat kesakitan dapat menghapuskan atau menyingkirkan dosa dalam diri kita..Allah menguji kita dengan pelbagai ujian itu tandanya allah sayang kita dan allah tidak pinggirkan kita..btol tak,kalau salah harap diperbetulkan..hihihihi :)
Okeylah sampai disini saja menulis di blog ini... eah lupa pulak ade satu doa memohon kesihatan yang baik marilah kita sama-sama kita berdoa serta amalkan..
Bismillahirahmannirrahim
Ya Allah,sihatkanlah akan aku pada tubuhku,dan sihatkanlah akan aku pada penglihatanku dan jadikanlah terus menerus bagiku.Tidak ada tuhan melainkan Engkau Yang Santun serta Yang Mulia.Maha Suci Allah,Tuhan Yang Memelihara Arasy yang besar.Segala puji bagi Allah,Tuhan Seru sekalian alam.....Amin amin amin yarabbal'alamin
sekian...
Hidup adalah perjuangan ~ Mohd Izzudin :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan