Ahad, 3 Januari 2016

Mencintai Kerana Allah

Kamu mencintai seseorang kerana Allah swt? Maka berbahagialah!

Diceritakan seorang tabiin yang bernama Abu Idris al Khawlani, dia masuk ke dalam masjid Damsyiq dan terlihat seorang pemuda yang sedang mengajar.

Dia kelihatan seorang yang dihormati oleh orang ramai. Apabila ada sebarang kemusykilan mereka akan tanyakan kepada dia. Dia lalu akan memberi pendapatnya dan mereka akan pasti mengikutnya.

Maka Abu Idris tanya kepada orang siapakah lelaki itu? Maka dijawab itu lah Sahabat Nabi ﷺ yang bernama Muaz Ibn Jabal RA.

Pada keesokan hari, Abu Idris datang awal ke masjid dan terlihat sayyidina Muaz Ibn Jabal yang sedang solat. Dia menunggu hingga dia selesaikan solatnya; lalu dia memberi salam dan berkata kepada Muaz.

"Demi Allah, aku cinta kau kerana Allah."

Maka Sayydina Muaz berkata
"Demi Allah?"

"Ya. Demi Allah"

"Demi Allah?"

"Ya. Demi Allah"

Sayyidina Muaz bangkit dan menarik jubahnya dan berkata, "Maka berbahagialah. Aku mendengar dari Rasulullah ﷺ pernah bersabda bahawa Allah swt berkata "CintaKu adalah wajib bagi mereka yang berkasih sayang kerana Aku, dan yang berkumpul kerana Aku, dan yang saling menziarahi kerana Aku dan yang saling memberi hadiah kerana Aku"

(Dikutip dari al Muwatta' Imam Malik)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan