"Berlumba-lumba dalam kebaikan"
Pernah dikisahkan di zaman Rasulullah ﷺ ada dua adik beradik yang gemar berlumba dalam beramal.
Apabila si abangnya sedekah. Adiknya akan sedekah dengan harta yang lebih banyak dari abangnya.
Apabila si abangnya berpuasa. Adiknya akan puasa lebih dari abangnya.
Kerana mereka memang saling berlumba untuk masuk ke Syurga.
Pada satu hari, si abangnya diajak untuk masuk jihad; berperang dengan musuh. Abangnya tanpa berfikir lama, terus ingin menyertai jihad itu. Dia melihat ini lah satu-satunya peluang untuk mati syahid dan masuk ke Syurga.
Perang pun bermula. Si Abang itu ditawan oleh musuh Islam. Tidak rasa takut langsung, si Abang itu boleh ketawa lagi.
Musuh Islam pun berkata kepada dia
"Kenapa ketawa? Kami nak bunuh kau pun kau ketawa."
Jawabnya,
"Aku ketawa sebab Syurga sedang menantiku."
Musuh berkata lagi,
"Pelik sungguh orang Islam ni kan? Nak kene bunuh pun masih ketawa. Kau ni memang sama macam budak tadi yang kami baru bunuh.."
Mendengar perkataan musuh Islam itu, si Abang itu terus menangis. Melihat perubahan emosinya yang drastik, si musuh tanya lagi
"Kenapa kau menangis pula??"
Jawabnya,
"Aku menangis sebab aku tahu budak yang kau baru bunuh itu adalah pasti adik aku. Aku menangis sebab aku tewas dalam perlumbaan ini. Adik aku telah masuk Syurga terlebih dulu dari aku."
Allah ..
Musuh Islam bertambah pening dengan jawapan itu lantas membunuh nya.
Dikatakan kedua abang dan adik telah pun syahid dan berada di dalam Syurga.
Lihat lah .. Hebat sungguh mereka ni. Mereka tidak berlumba dalam Hal keduniaan. Satu beli Rumah besar, yang lain nak beli lagi besar. Satu buat bangunan tinggi, lagi satu buat yang lebih tinggi.