Isnin, 8 Februari 2016

Kelebihan Solat Sunat Dhuha

KELEBIHAN SOLAT SUNAT DHUHA

Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada-Ku. (al-Dhariyat: 56)

Allah s.w.t. Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang terhadap hamba-hamba-Nya. Dia tidak menciptakan makhluk-Nya dengan sia-sia dan tiada manfaatnya. Malah Allah yang Maha Bijaksana tidak membiarkan mereka dalam keadaan terkapai-kapai tanpa pedoman dan panduan, terbiar tanpa pengisian dan amalan.

Bahkan dengan rahmat dan kurniaan nikmat-Nya yang tidak terhingga kepada manusia, Allah s.w.t. dan Rasul-Nya menunjukkan jalan-jalan ibadat dan ketaatan, begitu juga pintu-pintu kebaikan dan kebajikan untuk diamalkan sesuai dengan falsafah sebenar penciptaan jin dan manusia seperti ayat di atas. Salah satu ibadat sunat yang dianjurkan ialah solat sunat Dhuha.

Solat Dhuha bermaksud solat sunat yang dikerjakan pada waktu dhuha, iaitu pada saat matahari telah naik lebih kurang setinggi sebatang lembing atau galah (kira-kira jam 20 minit selepas terbit matahari atau lebih) hinggalah matahari berada tepat di tengah-tengah langit (sebelum menjelang Zuhur).

“Menurut mazhab jumhur ulama iaitu Imam Malik, Syafie dan Ahmad, solat ini hukumnya sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) sedangkan Imam Abu Hanifah hanya memandangnya sebagai suatu amalan sunat biasa.

Justeru, sunah yang ditinggalkan Baginda Rasulullah ini eloklah dijadikan amalan bertepatan dengan hadis yang bermaksud: Junjunganku tercinta, Nabi Muhammad s.a.w. telah berwasiat supaya aku mengerjakan tiga perkara iaitu: Berpuasa tiga hari pada tiap-tiap bulan (13, 14 dan 15 haribulan daripada bulan Qamariah), mengerjakan dua rakaat solat Dhuha dan juga supaya aku mengerjakan solat Witir sebelum aku tidur.

Kelebihan

Setiap amalan kebajikan pasti memperoleh ganjaran setimpal daripada Allah s.w.t.. Pun begitu, ia mestilah dilengkapi dua syarat utama iaitu ikhlas dan menepati syariat.Setiap ibadat yang disyariatkan juga pasti tersirat hikmah dan fadilat yang tersendiri. Cuma usah pula hikmah dan fadilat ini yang diutamakan. Dibimbangi ia menjadi suatu tabiat di mana kita beramal lantaran hikmat semata-mata bukan lahir daripada rasa keinsafan diri.

“Namun demikian, terdapat nas-nas hadis nabawi yang menggesa umatnya melakukan amalan solat sunat Dhuha dengan disebutkan fadilatnya bagi menambahkan semangat dan keinginan untuk melakukan amalan mulia ini.

“Di antaranya hadis riwayat Abu Dzar bahawa Nabi s.a.w. bersabda maksudnya: Setiap orang menjelang pagi, berdasarkan tulang temulang sendi memerlukan sedekah. Tiap-tiap tasbih itu sedekah, tiap-tiap tahmid sedekah, tiap-tiap tahlil adalah sedekah dan tiap-tiap takbir adalah sedekah. Menyeru makruf adalah sedekah, mencegah mungkar adalah sedekah. Semuanya itu sama nilainya dengan dua rakaat solat Dhuha.

Selain itu, solat ini juga adalah tanda kesyukuran seorang hamba yang dikurniakan lengkap sendi tulangnya sebanyak 360 batang pada setiap pagi yang dilaluinya. Justeru, dhuha atau pagi yang penuh nikmat Ilahi itu disyukuri dengan menyembah Allah, simbolik kepada terima kasih seorang hamba kepada Penciptanya.

Hakikatnya, umat Islam perlu memahami kedudukan solat ini.

Pertama,

Sebaik-baiknya, ia dilakukan di rumah agar dapat dikerjakan dengan lebih sempurna. Jadi, jika di tempat bekerja, lakukan dengan menggunakan masa yang sebaik mungkin.

Kedua,

Sifat solat ini ringkas dan mudah dilaksanakan di mana-mana tempat (baik di surau atau bilik sendiri). Masanya pula hanya mengambil masa empat hingga lima minit. Jadi, apalah salah kalau ia dibudayakan.

Ketiga,

Pada dasarnya ia adalah sunat hukumnya malah Baginda jua tidak melaksanakannya dalam bentuk yang konsisten.

Hal ini diterangkan oleh Aishah: Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w. mendirikan sembahyang sunat Dhuha. Sesungguhnya aku mendirikan sembahyang Dhuha walaupun Rasulullah meninggalkannya. Tetapi pada hakikatnya Baginda suka melakukannya, ini adalah kerana Baginda bimbang jika selalu mengamalkannya, orang ramai akan mewajibkan ke atas diri mereka. (Riwayat Muslim).

Oleh itu lakukan solat ini di rumah atau di tempat kerja selagi mana ia tidak memberatkan atau menghalang tugas-tugas lain yang lebih utama dan penting.

Ruang waktu dan waktu afdal

Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.

Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya. Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat.

Bilangan rakaat

Yang masyhur di kalangan para ulama adalah paling minimum dua rakaat sahaja dan bilangan yang maksimum adalah lapan rakaat. Cuma terdapat juga pendapat sebilangan ulama yang mencadangkan bilangan yang paling afdal iaitu empat rakaat (dilakukan secara dua kali salam).

Ini bersandarkan hadis Aishah (Riwayat Imam Abu Daud) menjelaskan bahawa Nabi melakukannya sebanyak empat rakaat. Begitu juga hadis Qudsi yang disampaikan oleh Nu’aim yang bermaksud: Wahai anak Adam! Usahlah dikau lemah daripada mengerjakan empat rakaat Dhuha. Demikian itu pasti melengkapi kebajikan genap satu hari yang dikau jalani. (Riwayat Imam Abu Daud dengan sanad yang sahih)

Solat ini juga diriwayatkan berjumlah enam rakaat (tiga kali salam) seperti hadis Nabi yang disebutkan oleh Jabir bin Abdullah. (Riwayat Imam al-Tabarani)

Dalam pada itu, ada juga riwayat yang dirakamkan oleh Anas bin Malik menjelaskan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: Barang siapa yang menunaikan solat sunat Dhuha sebanyak 12 rakaat maka nescaya Allah s.w.t. akan membina sebuah mahligai di dalam syurga kelak. (Riwayat Imam al-Tirm

Bilangan yang masyhur adalah antara dua hingga lapan rakaat. (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Cara melaksanakannya

Banyak bahan media cetak yang boleh dirujuk bagi mengetahui cara melakukan solat sunat Dhuha ini merangkumi bacaan-bacaan dalam solat hinggalah dalam sujud dan doa setelah selesai ibadat tersebut.

Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)

Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.

Para sahabat yang komited

Antara mereka yang paling komited dengan amalan solat sunat ini ialah Abu Darda’, Abu Hurairah dan Abu Zar al-Ghifari. Mereka komited lantaran wasiat dan pesanan Nabi s.a.w. kepada mereka ditambah pula dengan sifat mereka yang kuat beribadat.

Selasa, 5 Januari 2016

Berlumba-lumba Dalam Kebaikan

"Berlumba-lumba dalam kebaikan"

Pernah dikisahkan di zaman Rasulullah ﷺ ada dua adik beradik yang gemar berlumba dalam beramal.

Apabila si abangnya sedekah. Adiknya akan sedekah dengan harta yang lebih banyak dari abangnya.

Apabila si abangnya berpuasa. Adiknya akan puasa lebih dari abangnya.

Kerana mereka memang saling berlumba untuk masuk ke Syurga.

Pada satu hari, si abangnya diajak untuk masuk jihad; berperang dengan musuh. Abangnya tanpa berfikir lama, terus ingin menyertai jihad itu. Dia melihat ini lah satu-satunya peluang untuk mati syahid dan masuk ke Syurga.

Perang pun bermula. Si Abang itu ditawan oleh musuh Islam. Tidak rasa takut langsung, si Abang itu boleh ketawa lagi.

Musuh Islam pun berkata kepada dia
"Kenapa ketawa? Kami nak bunuh kau pun kau ketawa."

Jawabnya,
"Aku ketawa sebab Syurga sedang menantiku."

Musuh berkata lagi,
"Pelik sungguh orang Islam ni kan? Nak kene bunuh pun masih ketawa. Kau ni memang sama macam budak tadi yang kami baru bunuh.."

Mendengar perkataan musuh Islam itu, si Abang itu terus menangis. Melihat perubahan emosinya yang drastik, si musuh tanya lagi

"Kenapa kau menangis pula??"

Jawabnya,
"Aku menangis sebab aku tahu budak yang kau baru bunuh itu adalah pasti adik aku. Aku menangis sebab aku tewas dalam perlumbaan ini. Adik aku telah masuk Syurga terlebih dulu dari aku."

Allah ..

Musuh Islam bertambah pening dengan jawapan itu lantas membunuh nya.

Dikatakan kedua abang dan adik telah pun syahid dan berada di dalam Syurga.

Lihat lah .. Hebat sungguh mereka ni. Mereka tidak berlumba dalam Hal keduniaan. Satu beli Rumah besar, yang lain nak beli lagi besar. Satu buat bangunan tinggi, lagi satu buat yang lebih tinggi.

Rezeki Jangan Ditolak

"Orang bagi.. Rezeki jangan ditolak."

Kata ulama', jika kita dapat pemberian seperti hadiah ke atau duit ke, maka terima lah sebab itu adalah rezeki sebenarnya.

Namun, sikap yang tidak baik adalah untuk asyik berharap. Macam kita harap sangat Kawan Kita yang akan belanja kita makan kali ini. Macam kita harap sangat kita akan dapat itu dan Ini.

Maka sikap Ini tidak baik. Sebab kita asyik bergantung kepada orang juga seperti sifat orang meminta-minta. Tambah lagi, kita sendiri yang akan kecewa sebab asyik berharap.

Mustaqeem as Sighafuri
Teamtazkirah ©

Ahad, 3 Januari 2016

Mencintai Kerana Allah

Kamu mencintai seseorang kerana Allah swt? Maka berbahagialah!

Diceritakan seorang tabiin yang bernama Abu Idris al Khawlani, dia masuk ke dalam masjid Damsyiq dan terlihat seorang pemuda yang sedang mengajar.

Dia kelihatan seorang yang dihormati oleh orang ramai. Apabila ada sebarang kemusykilan mereka akan tanyakan kepada dia. Dia lalu akan memberi pendapatnya dan mereka akan pasti mengikutnya.

Maka Abu Idris tanya kepada orang siapakah lelaki itu? Maka dijawab itu lah Sahabat Nabi ﷺ yang bernama Muaz Ibn Jabal RA.

Pada keesokan hari, Abu Idris datang awal ke masjid dan terlihat sayyidina Muaz Ibn Jabal yang sedang solat. Dia menunggu hingga dia selesaikan solatnya; lalu dia memberi salam dan berkata kepada Muaz.

"Demi Allah, aku cinta kau kerana Allah."

Maka Sayydina Muaz berkata
"Demi Allah?"

"Ya. Demi Allah"

"Demi Allah?"

"Ya. Demi Allah"

Sayyidina Muaz bangkit dan menarik jubahnya dan berkata, "Maka berbahagialah. Aku mendengar dari Rasulullah ﷺ pernah bersabda bahawa Allah swt berkata "CintaKu adalah wajib bagi mereka yang berkasih sayang kerana Aku, dan yang berkumpul kerana Aku, dan yang saling menziarahi kerana Aku dan yang saling memberi hadiah kerana Aku"

(Dikutip dari al Muwatta' Imam Malik)

Rabu, 25 November 2015

Solat Diawal Waktu

Pernah tak dengar orang cakap "Malam terasa panjang bila kita solat Isyak awal", atau sendiri pernah rasa macam tu? Saya selalu rasa macam tu dan tertanya juga kenapa. Tapi bila difikirkan semula, bukan setakat solat Isyak. Bahkan, untuk setiap waktu solat, kalau kita tunaikan pada awal waktu, kita akan terasa bahawa masa tu lebih panjang jika nak dibandingkan dengan waktu yg kita solat lewat.

Ini semua ada kaitan dengan keberkatan masa. Berkat itu ertinya ziyadah: pertambahan, kekal, atau tempoh panjang yg terisi kebaikan. Jadi bila org kata, "semoga dpt rezeki yg berkat", itu bererti kita berdoa supaya dpt rezeki yg tidak cepat habis, dan digunakan dgn cara bermanfaat.

Keberkatan masa pula bagaimana? Bererti, masa terasa panjang, sentiasa cukup waktu utk menyiapkan kerja-kerja kita atau perkara2 yg tidak sia-sia. Pernah tertanya tak? Bila kita tgk seseorang tu, nampak sibuk, anak ramai, jawatan besar, tapi banyak kerja2 yg dapat dia siapkan seperti menulis byk buku, khidmat masyarakat, join program itu ini, dan pelbagai lagi tugasan yg menuntut byk masa darinya tapi sentiasa shj dia berjaya melakukannya dengan baik.

SubhaanAllah. Begitulah, jika kita menjaga apa yg Allah suruh dan tidak leka dgn dunia, inshaAllah keberkatan itu sentiasa akan mengiringi. InshaAllah.

Jom tanamkan azam utk sentiasa solat awal.

Selasa, 24 November 2015

Milik Allah

Sesungguhnya ilmu itu milik Allah. Tiada satu pun milik kita. Setiap ilmu yang ada pada kita adalah suatu pinjaman.

Allah boleh berikan tanpa di sangka. Dan boleh di ambil tanpa di sangka.

Jangan lah kita berbangga dengan nikmat yang sedia ada.

Jangan di pandang rendah kekurangan sahabat lain,

Tiada satu pun nikmat yang ada pada kita adalah abadi.

Sekiranya ada ilmu yg kita boleh bantu sahabat, kita bantu, dengan menyebarkan ilmu itu sebenarnya kita sedang mencari saham akhirat kita .

Jumaat, 2 Oktober 2015

7 Sunnah Hebat

Assalamualaikum shabat, selamat pagi. Salam sayyidul Ayyam..😊

By Ustaz Don Daniyal
7 Sunnah Hebat

🌝 Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

🌝 Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

🌝 Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

🌝 Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

🌝 Keempat:
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

🌝 Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

🌝 Keenam:
Jaga wudhu' terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu'. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu' senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

🌝 Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

🌝 Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

🌝 Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua.