Jumaat, 2 Oktober 2015

7 Sunnah Hebat

Assalamualaikum shabat, selamat pagi. Salam sayyidul Ayyam..😊

By Ustaz Don Daniyal
7 Sunnah Hebat

🌝 Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

🌝 Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

🌝 Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

🌝 Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

🌝 Keempat:
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

🌝 Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

🌝 Keenam:
Jaga wudhu' terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu'. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu' senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

🌝 Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

🌝 Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

🌝 Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua.

Khamis, 3 September 2015

Renungan Bersama

Seorang lelaki datang menemui Imam Syafie mengadu kan tentang kesempitan hidup yang dia alami. Dia memberitahu bahawa dia bekerja sebagai orang upahan dengan gaji sebanyak 5 dirham. Dan gaji itu tidak mencukupi untuknya.
Namun anehnya, Imam Syafie langsung menyuruh dia untuk menemui orang yang mengupahnya supaya mengurangkan gajinya menjadi 4 dirham.

 Lelaki itu pergi melaksanakan perintah Imam Syafie sekalipun dia tidak faham apa maksud dari suruhan itu.
Setelah berlalu beberapa lama lelaki itu datang kembali menemui Imam Syafie mengadukan tentang kehidupannya yang tidak ada kemajuan. Lalu Imam Syafie memerintahkannya untuk kembali menemui orang yang mengupahnya dan minta untuk mengurangkan lagi gajinya menjadi 3 dirham.

Lelaki itupun pergi melaksanakan anjuran Imam Syafie dengan perasaan sangat hairan.
Setelah berlalu sekian hari lelaki itu kembali lagi menemui Imam Syafie dan berterima kasih atas nasihatnya. Dia menceritakan bahawa wang 3 dirham itu dapat mencukupkan semua keperluan hidupnya, bahkan hidupnya menjadi lapang. Dia menanyakan apa rahsia di sebalik semua itu?

Imam Syafie menjelaskan bahawa pekerjaan yang dia jalani itu tidak berhak mendapatkan upah lebih dari 3 dirham. Dan kelebihan 2 dirham itu telah mencabut keberkatan harta yang dia miliki ketika bercampur dengannya.

Lalu Imam Syafie membacakan sebuah sya'ir:
ﺟﻤﻊ ﺍﻟﺤﺮﺍﻡ ﻋﻠﻰ ﺍﻟﺤﻼﻝ ﻟﻴﻜﺜﺮﻩ
ﺩﺧﻞ ﺍﻟﺤﺮﺍﻡ ﻋﻠﻰ ﺍﻟﺤﻼﻝ ﻓﺒﻌﺜﺮﻩ
Dia kumpulkan yang haram dengan yang halal supaya ia menjadi banyak.
Yang harampun masuk ke dalam yang halal lalu ia merosakkannya.

Barangkali kisah ini dapat menjadi pelajaran yang sangat berharga bagi kita dalam bekerja. Jangan terlalu berharap gaji besar bila pekerjaan kita hanya sederhana  dan jangan berbangga mendapat gaji besar, padahal kerja buat kita sangat lemah atau tidak seimbang dengan gaji yang diterima.

Bila gaji yang kita terima tidak seimbang dengan kerja, ertinya kita sudah menerima harta yang bukan hak kita. Itu semua akan menjadi penghalang keberkatan harta yang ada, dan mengakibatkan hisab yang berat di akhirat kelak.

Harta yang tidak berkat akan mendatangkan permasalahan hidup yang membuat kita susah, sekalipun bertaburkan benda-benda mewah dan serba lengkap. Wang banyak di bank tapi setiap hari bergaduh dengan isteri. Anak-anak tidak mendatangkan kebahagiaan. Dengan teman dan jiran sekeliling tidak sehaluan.

Kenderaan selalu bermasalah. Ketaatan kepada Allah semakin hari semakin melemah. Fikiran hanya dunia dan dunia. Harta dan harta.

Penglihatan selalu kepada orang yang lebih dalam masalah dunia. Tidak pernah puas, sekalipun mulutnya melantunkan Alhamdu Lillah tiap minit...
Kening selalu berkerut. Satu persatu penyakit datang menghampir.

 Akhirnya gaji yang besar habis untuk cek up ke hospital dan periksa ke klinik. Tidak ada yang dapat dibahagikan untuk sedekah, infak dan amal-amal demi tabung masa depan di akhirat. Menjalin silaturrahim dengan sanak keluarga pun tidak. Semakin kelihatan mewah tapi sifat kedekutnya juga semakin menguasai.

Semoga Allah mengurniakan kepada kita kemampuan untuk serius dalam bekerja, hingga rezeki kita menjadi berkat dunia dan akhirat ...

Aamiin....

Sabtu, 8 Ogos 2015

5 Tips Awal Untuk Berubah

5 cara awal untuk berubah.

Cara awal bagi wanita yang baru nak belajar menutup aurat.

1.Tukar gambar DP.
Ganti gambar DP yang tak tutup aurat ke gambar kucing, awan, pokok semalu.

2. Delete segala gambar yang menggoda.

3. Pakai tudung, handsock(sarung lengan), stokin, ke mana mana saja. Jangan kisah apa orang nak kata. Pasang angan. Kita sedang mahu menuju ke Syurga. Sedang.

4.Dekatkan diri dengan perkara baik. Minta nasihat dari ustazah, muslimah yang lain. Dengar ceramah. Di you tube pun boleh. Join usrah dan lain lain.

5.Dekatkan diri pada yang Esa supaya ditetapkan hati. Tetapkan iman dalam perubahan ini. Berjaya untuk yang last ni? TAHNIAH! Moga istiqamah selamanya.

Menjadi wanita solehah juga bukanlah suatu khayalan di tengah hari, bukan suatu angan-angan yang dimimpi- mimpi? Layak atau tidak? Semuanya bergantung pada diri sendiri. Jika tiada usaha, maka tidak usah mengharapkan bulan jatuh ke riba. Kita berserah sahaja pada Allah sama ada kita ini layak atau tidak untuk mendapat anugerah "wanita solehah". Kita yang perlu mencari. Hidayah tak datang dengan sendiri. Semoga istiqamah bakal bidadari bidadari syurga.

"Walaupun aku tak menutup aurat, tapi aku baik."
Bukan isu baik atau tak.
tapi Orang yang taat perintah Allah mesti akan menutup aurat
Pergelangan tangan itu dah aurat  nak sinsing lengan baju tak salah tapi itu pun kalau anda lelaki.  Nak selamat pakai sarung lengan. Panas? Takpa panas sikit di dunia, asalkan tak panas di sana.
Kaki pun aurat. Stokin tak wajib pun, tapi kaki tu aurat. Kalau nak pakai cardbox atau plastik sekali pun boleh sangat tapi cari yang warna gelap. Jangan yang lutsinar.           .
Tudung tu. Tak kisah anda nak pakai jenis yang macam mana pun. Hana Tajima, shawl, pashmina or bawal. It's up to you. Tapi Allah suruh tutup dada kan? Apa salahnya anda labuhkan sampai ke bawah dada. Ini perintah Allah, bukan dari saya.

Baju/kain/seluar tu. Saya tau anda masih muda, nak bergaya, ikut fesyen.Ada rasa teringin itu ini. Tapi biarlah menutup aurat dengan sebaik-baiknya. Tak ketat, tak jarang, tak singkat. Islam tak larang kita nak berfesyen, asalkan syariat tidak diketepikan.
Maha Suci Allah.
Tepuk dada, tanya iman.
Anda. Islam. Tudung labuh. Jubah. Pakaian ikut syariat tu bukannya untuk ustaz ustazah, pelajar sekolah, universiti atau aliran agama sahaja.
Islam tu untuk SEMUA.
Jangan pernah malu tunjukkan identiti Islam kita.

Maaf. Kalau  terasa. Mak selalu pesan. Tak best kalau masuk syurga sorang sorang.

Cinta

🌸MOTIVASI & KAUNSELING🌸
.
Usrah : CINTA
.
Bismillahirahmnirahim
.
● Nak move on? first step is, Believe. Believe that Allah has better plans for u and someone will come into ur life, someday. Have faith  
.
● Nak move on ? Yang kedua " Jangan ajar hati suka orang , jangan ajar hati berpaut pada yg belum halal " 
.
● Nak move on ? Yang ketiga Perbanyakkan ingat mati Ingat Allah perbanyakkan zikir.
.
Nak move on ? Ke empat Sibukkan diri dengan macam macam kerja, jangan asyik memikirkan dia yg belum tentu jodoh kita. 
.
● Cara move on yang terbaik Hadirkan cinta Allah mendahului makhluk baru Saat itu Allah akan kurniakan Cinta halal buat kita.
.
● Tanamkan dalam diri ,aku boleh berubah lillahitaala , Allah sentiasa ada untuk sokong dalam jatuh dan bangun aku.

Khamis, 6 Ogos 2015

Berjaya dan Kekal Berjaya

Nak berjaya dan kekal berjaya mesti kena ada tiga elemen ni:

1) Niat. Bukan kerana duit semata.
2) Ilmu. Belajar, Mengajar dan Diajar tanpa jemu.
3) Konsisten.

Biasanye ramai suka tengok orang-orang yang dah berjaya, dalam hati selalu kata "kenapa aku tak jadi macam diorang ?"
Tapi kita tak nampak apa yang mereka dah buat sebelum ni untuk mereka jadi seperti hari ni, dan kita pulak masih lagi selesa n tak sanggup buat apa yang kita perlu buat hari ni untuk jadi yang lebih baik di masa akan datang..

Wawallahu'alam.

Tips Untuk Pelajar

Tips Untuk Pelajar.

1) Mandi waktu pagi antara pukul 1pg - 6pg. Pada waktu ini,sangat bagus mandi,kerana ia akan mengurangkan lemak dalam badan.

2) Jika bangun pukul 4 dan ke atas,jangan lagi tidur selepas itu,kerana jika tidur semula,akan melemahkn badan.

3) Sarapan antara pukul 7pg - 7:30pg. Bagus sarapan pada waktu ini kerana ia akan meningkatkan kadar metabolisme dlm badan.

4) Datang ke kelas seeloknya 10 minit awal atau lebih awal,kerana ia adalah adab, dan mungkin ada keberkatan di situ.

5) Makan tengahari dengan kadar biasa, selepas setengah jam,tidur seketika 10-15 minit, kemudian basahkan kepala untuk kembali segar.

6) Lakukan aktiviti fizikal selepas asar,kerana waktu ini tidak sesuai untuk belajar. Jadi,gunakannya untuk sebarang aktiviti fizikal.

7) Mandi malam lebih kurang antara pukul 6ptg - 6:30ptg.jangan beriadah terlalu lama,kerana ia akan meletihkan badan pada waktu malam.

8) Luangkan masa maghrib-isya` kepada Allah,kerana waktu ini adalah waktu tenangkan minda dengan terapi.

9) Mula study lepas isya`. Hanya ambil masa 30 minit untuk satu subjek, seterusnya subjek lain, sampai cukup 2 atau 2.30 jam untuk setiap malam.

10) Tidur awal,lebih kurang pukul 11atau 11:30 mlm. Kerana pada waktu ini,hormon dalam badan perlukan rehat untuk memproses badan dengan baik.

11) Jangan lupa bertahajud dan qiamullail,kerana inilah ikatan yang kukuh antara hamba dan Penciptanya.

Wallahu'alam .
Moga bermanfaat.