Sabtu, 20 Jun 2015

Khasiat Biji Kurma

JANGAN BUANG BIJI KURMA!
🌻🍃🌻🍃🌻🍃🌻

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

🌸Sahabat pencinta Makanan Sunnah!

🌸Ramadan Al Mubarak bakal menjengah lagi, Subhanallah bulan mulia untuk semua umat Islam.

🌸Ironinya bulan Ramadan akan dikaitkan dengan makanan baik untuk berbuka puasa iaitu KURMA atau TAMAR.

🌸Kurma adalah buah ajaib, kecil pada saiznya namun jika diambil secara konsisten setiap hari, ianya adalah makanan terbaik buat kita umat manusia.

🌸Kaya dengan Glukos kerana itu ianya amat sempurna untuk tenaga berpanjangan sepanjang hari.

🌸Biji kurma sangat banyak khasiatnya, untuk kulit dan juga boleh dibuat minuman seperti kopi.

🌸jika anda makan kurma, jangan terus membuang bijinya. Simpan dan kumpul.

🌸🌸Cara cara memproses biji kurma;

🔹- Basuh biji kurma dan tos kering
🔹- Taburkan di atas dulang atau penutup periuk dan jemurkan seharian
🔹- Gorengkan biji kurma tanpa menggunakan minyak , goreng sehingga hangus pastikan biji kurma hitam legam, pada ketika ini biji kurma akan mengeluarkan bau harum dan sangat wangi persis biji kopi!
🔹- Tumbuk dengan batu lesung atau kisar dengan menggunakan pengisar kering (jangan risau kerana tekstur biji kurma sudah garing dan tidak keras)
🔹- Simpan di dalam botol kaca dan boleh digunakan dengan jangkamasa yang lama

🌸🌸Apakah Kebaikannya?

🔹1) Sebagai minuman penganti kopi, warnanya tidak segelap kopi☕☕☕ tapi rasanya seakan akan kopi. Ianya memberi tenaga baik pada peminum

🔹2) Seperti dikongsi sahabat baik saya, Fadillah Nur beliau menggunakan serbuk biji kurma untuk membuat perapan daging dicampur dengan pelbagai rempah ratus dan Subhanallah perapan daging amat amat lembut

🔹3) Digunakan sebagai scrub badan. Gabungan scrub biji kurma dengan #pevoo dan #madu akan membuatkan kulit badan anda selembut baby!. Natural? yes and safe!

🔹4) Jika anda mengalami masalah keguguran rambut yang serius dan kronik sehingga menyebabkan anda BOTAK!!! maka inilah natural remedy atau cara semulajadi untuk mengaktifkan sel kulit kepala yang sudah mati. Amalan menyapu biji kurma dicampur dengan Minyak Zaitun Ramallah Extra Virgin PEVOO , maka hasilnya adalah TERBAIK. Penggunaan secara Konsisten setiap hari sebelum tidur اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ  akan membuatkan sel kulit kepala yang bermasalah kembali sihat dan anak anak rambut kembali keluar dengan sihat!!!

🌸Masya ALLAH, tidaklah ALLAH SWT menyebut sesuatu yang baik di dalam AL QURAN jika tidak mendatangkan kebaikan dan barakah pada semua Umat Manusia

🌸Apa yang penting, YAKIN, TAWAKAL dan ISTIQOMAH

🌸Live and Love Sunnah

~ Dari Buku Islamic Medicine The Key To A Better Life hasil tulisan dan kajian Yusuf Al Hajj Ahmad membicarakan secara terperinci mengenai KURMA.

Liga Ramadan

LIGA RAMADHAN (Fenomena Masjid)

PUSINGAN KELAYAKKAN (10 malam pertama)
👬👬👬👬👬👬👬👬
👬👬👬👬👬👬👬👬
👬👬👬👬👬👬👬👬

SUKU AKHIR (malam ke 15)
👬👬👬👬👬👬👬👬
👬👬👬👬👬👬👬👬

SEPARUH AKHIR (malam ke 20)
👬👬👬👬👬👬👬👬
👬👬👬👬

AKHIR (FINAL - 10 malam terakhir)
👬👬👬

Make sure kita masuk FINAL!

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

Jumaat, 5 Jun 2015

Rezeki

✅ Maksud REZEKI
- kasih sayang
- kewangan
- kesihatan
- ibadah

✅ Belajar berlapang dada.. Redha dengan setiap masalah & ujian yang Allah bagi.. Contoh ada orang hutang kita bertahun2 tak bayar.. Redha kan semua tu.. Belajar redha..

✅ Lepas solat sedekahkan Al-Fatihah pada mak ayah.. Call mak setiap hari.. Mintak maaf dengan mak.. Minta mak redha dengan apa yg kita buat..

✅ Nak rezeki melimpah ruah.. Bukak tabung-tabung berikut:
1. Tabung Zakat
2. Tabung Sedekah
3. Tabung Wakaf
4. Tabung Infak

✅ Buat TABUNG SUBUH
- Masukkan duit setiap hari selepas subuh.. Masukkan dengan penuh perasaan & doa pada Allah.. Cukup sebulan duit tabung tu keluarkan & sedekah pada masjid @ rumah kebajikan @ maahad tahfiz dll..

✅ Ramai yg sibuk jaga rezeki dengan orang tapi LUPA & TAK JAGA hubungan dengan PEMBERI REZEKI (ALLAH SWT)

☆  Solat awal waktu
Lelaki - 10 ke 20 minit sebelum azan mesti dah ade kat masjid!

☆  Solat Dhuha
- eksklusifkan masa dengan Allah dahulu sebelum buat kerja lain
- Baca surah Al-Waqiah selepas Dhuha (kita tidak akan miskin sampai bila-bila)
- Bilangan rakaat biasanya buat 2 rakaat, cuma tambah jadi 4, 6 & 8.. Ikut kemampuan.. Setiap 2 rakaat kena bg salam..

☆  Tahajjud
- buat 7 hari berturut-turut kemudian dah biasa.. Buat secara konsisten
- Buat presentation dengan Allah di waktu 1 per tiga malam.. Cerita apa masalah kita pada Allah terus! Merengek merintih pada Allah apa yg kita nak.. Apa yg kita impikan.. Apa yg kita nak capai dlm hidup! Biar jelas..

☆  Sedekah
- beri sedekah dengan perasaan..Latih diri MEMBERI diwaktu tiada bukan bila dah KAYA!

⛔ Formula YAKIN ⛔
1. Yakin
2. Yakin
3. Yakin
4. Yakin
5. Yakin
6. Yakin
7. Yakin
8. Yakin
9. Yakin
10. Doa
11. Usaha
12. Tawakkal

9 kali kena yakin!!

☆  Baca Al-Quran
- paling malas minimum 1 baris dengan terjemahan.. Buat setiap hari.. Jadikan amalan!
- Kalau bersedih.. Baca Quran.. Kalau sakit.. Baca Quran..

☆  Istighfar setiap hari
- baca zikir 'Ya Wahhab' je 100 kali setiap hari.. Lagi bagus setiap solat 100x.. Pastu up 1000x sampai la mampu buat 100,000 zikir..

☆  Jaga Wuduk setiap hari
- latih badan sentiasa ada wuduk

⛔ TEKNIK NAK MEREDHAKAN SESUATU

Setiap kali lepas solat.. Pejam mata.. Pastu letak tangan kanan atas dada kiri.. Tarik nafas macam biasa.. Rasakan degup jantung kita.. Pastu bayangkan muka mak.. Mintak maaf pada mak jika ada salah..maafkan mak jika mak ada salah..mintak mak redha kan semua yg kita buat.. Pastu bygkan muka ayah.. Buat benda sama.. Pastu bayangkan muka isteri.. Muka suami.. Muka anak2.. Maafkan semua orang..

Semoga bermanfaat utk kita semua... :)