Ahad, 7 Disember 2014

Assalamualaikum warahmatullahwabarakatuh...


Jiwa seseorang hamba tidak pernah terlepas daripada ujian.Berbeza diri seseorang,berbeza pula ujian yang dihadapi.Ada orang yang diuji pada harta mereka.Ada pula yang diuji pada tubuh badan.Sama ada ujian itu berbentuk kesusahan atau kesenangan,semuanya ada tanda bahawa itulah kasih saying ILAHI.

     Nabi Ayub diuji dengan kesakitan dan kepayahan.Nabi Isa diuji dengan kemiskinan.Nabi Sulaiman dengan kekayaan tapi mereka tetap bersabar.Begitu pula Nabi Muhammad s.a.w yang diuji dengan pelbagai rintangan ketika berdakwah.Namun,kesabaran mereka begitu luar biasa.

     Janji ALLAH adalah pasti.Sebagaimana ALLAH menjanjikan bahawa setiap yang bernyawa akan merasai kematian,sebagaimana ALLAH menjanjikan ada kemudahan selepas kesulitan,begitu juga janji-Nya bahawa setiap mukmin tidak akan hanya dibiarkan berkata mereka telah beriman selagi tidak diuji.Suka atau tidak,pasti ujian itu akan hadir.

     Mereka yang sabra pasti dapat menghadapinya.Tidak kurang juga ada yang terkandas dan tergelicir.Ada yang berputus asa,lantasmudah dirasuk perasaan untuk memusnahkan diri.Ada pula yang lebih teruk sehingga menyalahkan ALLAH kerana menurunkan ujian sebegitu.

     Sering kali diungkapkan bahawa kesabaran adalah kunci kejayaan.Namun,ujian tidak pernah berhenti.Ada orang yang Berjaya bersabar ketika susah tapi terjatuh apabila diuji dengan kesenangan.Ada orang yang Berjaya dalam melakukan perintah ALLAH tapi hilang punca ketika diuji dengan musibah.Maka,masikah ada kesabaran?

     ALLAH S.W.T berfirman,"Wahai sekalian orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah  dengan menyempurnakan sesuatu perintah tuhan dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang,kerana sesungguhnya ALLAH menyertai (menolong) orang yang sabra." Surah Al Baqarah :153

     Malah ALLAH sendiri memuji perkataan sabra dengan menyatakan bahawa kesabaran itu adalah cantik.Lebih menarik Al Quran juga merakamkan kepada kita kisah-kisah kesabaran para Nabi dan Rasul dalam menghadapi pelbagai ujian sehingga digelar sebagai Ulul Azmi,iaitu yang banyak sekali ujianya.

     Oleh kerana itulah disusunkan,diaturkan susunan Rasul itu,nabi yang paling tinggi maqam dan martabatnya adalah Nabi Muhammad s.a.w.Diikuti oleh Nabi Ibrahim,Nabi Musa,Nabi Isa dan Nabi Nuh.Kelima-lima mereka inilah yang dipanggil nabi-nabi Ulul Azmi,iaitu paling banyak ujian.Merekalah yang paling banyak diuji ALLAH.Maka gambaran kesabaran ituterletaknya pada kesabaran nabi-nabi Ulul Azmi ini dan nabi-nabi yang lain.

     Begitu juga Allah s.w.t letakkan kepada kita kesabaran yang tinggi,diuji dengan pelbagai dugaan.Kita perlu faham bahawa ujian ini bukan setakat berbentuk kesusahan dan musibah.Ujian Allah s.w.t dating dalam pelbagai bentuk.Semua itu adalah tanda kasih dan saying ALLAH kepada hamba-Nya.

     Hidup ini sememangnya dipenuhi ujian.Itulah hakikat yang tidak pernah dapat kita pisahkan.Di sebalik berbezaanya manusia,berbeza ujianya,begitu juga berbeza pula cara kita memandang ujian tersebut.

     Ya,disinilah warnanya hidup ini.Setiap perbezaan dalam menerima ujian itulah yang mewarnai kehidupan didunia.bukan setiap masa diuji dengan kesusahan.Bukan juga setiap masa kita diuji dengan kesenangan.Bahkan ada masa dan ketikanya,kita tidak pernah menjangka akan berlaku ujian sebegitu rupa.Ada kala kita sendiri mungkin terlupa bahawa diri sedang diuji.

     Ketika diri diuji,kita tertanya-tanya,mengapa perlu diuju? Mengapa ketika orang lain senang ,kaya dan bahagia,kita pula berduka cita.Ketika kejujuran yang dipersembahkan,kita pula menjadi mangsa dek kesilapan orang lain.Mereka berbahagia,bergelak ketawa sedangkan kita pula berduka lara dan berlinang air mata.Apakah itu tanda bahawa ALLAH tidak sayangkan kita?

     Hakikatnya,dunia tidak pernah sunyi dengan mereka yang bermandi air mata dalam menghadapi ujian.Perit,jerih dan pedih terpaksa dikesampingan malah terus gagah melayari kehidupan walau diri dihimpit ujian.Kekuatan diri itu pasti berpunca daripada keyakinan bahawa Allah tidak pernah meminggirkan kesabaran setiap hamba-Nya.Ujian yang dilalui bukanlah sia-sia.

     Itulah janji Allah.Dia tidak akan menguji hamba-Nya yang sia-sia.Sama ada ujian itu berbentuk kesusahan,kesenangan,musibah atau kesakitan,Allah lebih mengetahui mengapa kita diuji.Malah,Allah menegaskan agar jangan mengharap kepada syurga selagi belum diuji.Ujian itu boleh jadi berbentuk kelaparan,dan kesusahan.Tidak kurang juga berbentuk kesenangan.Matlamatnya? Agar ALLAH tahu siapakah dalam kalangan hambaNya yang paling terbaik amalan.

     Benar.Allah tidak  sebut siapa yang paling banyak amalanya.Tapi,ALLAH menyebut siapakah yang paling terbaik amalanya.Apabila disebut sahaja iman, Allah pasti akan menguji kita.Oleh kerana itu,Allah berpesan,jika belum datang ujian,janganlah menyangka bahawa kita ini ahli syurga.Disinilah,kita memerlukan kepada sabar.




Sabarlah Dalam Mengerjakan Ketaatan

Kata orang mudah untuk melakukan kebaikan,tapi sukar untuk istiqamah.Pasti ramai diantara kita punya cita-cita untuk menjadi hamba Allah yang taat.Sama ada taat melakukan apa yang  diperintahkan atau taat meniggalkan apa yang larang,semuanya bukanlah semudah diimpikan.Ada ujian menanti.Ia memerlukan istiqamah dan kesabaran tinggi.

     Jika ingin menjadi hamba Allah yang taat,maka banyak kesabaran yang diperlukan.Sebagai contoh,apabila hendak datang ke majlis ilmu,tidak kurang ujian  yang menanti.Mesti ada kesanggupan untuk bersesak,berdiri dan berada diluar pagar semata-mata ingin menimba ilmu.Ada orang apabila tidak sabar setelah berpusing-pusing mencari tempat letak kereta tapi masih tidak jumpa,akhirnya mengambil keputusan untuk pulang sahaja.

     Tapi,jika seseorang itu sabar dalam keadaan taat,maka sudah pasti dia akan berada di peringkat tertinggi kesabaran.Mengapa apabila dikatakan untuk taat,kita perlukan kesabaran? Jawapanya adalah kerana orang yang ingin beribadat kepada Allah ini akan diuji dengan pelbagai ujian.

     Jika ingin menjadi hamba yang taat,sabar amat perlu.Banyak cabaran yang perlu dilalui.Bahkan terlalu besar kesabaran yang harus dititipkan demi melaksanakan  sebuah ketaatan.Bukan mudah untuk mendirikan solat,menunaikan ibadah puasa,membayar zakat dan mengerjakan haji.Apatah lagi untuk istiqamah melakukannya.Semuanya memerlukan kesabaran.

     Apabila terdengar laungan azan pada dingin pagi,kita perlu terus bangun untuk menunaikan solat subuh.Pasti wujud cabaran sama ada kita mahu meneruskan tidur atau mengerjakan tuntutan ibadat tersebut.Begitu pula apabila sedang leka makan,kita perlu berhenti terlebih dahulu untuk menunaikan solat.Maka,disinilah kesabaran dalam melakukan ketaatan itu akan teruji.

     Begitu juga ketika sedang enak menikmati makanan sepanjang tahun,tiba pada sesuatu ketika kita perlu berhenti.Ada perintah lain yang sedang menanti.Ya,puasa! Ia perlu dilakukan dengan penuh kesabaran dan ketaatan.

     Selepas bersusah payah,membanting tulang dan berpenat lelah mencari rezeki,datang pula perintah agar kita menunaikan zakat.Ia perlu dilakukan penuh kesabaran demi sebuah ketaatan.Itulah cabaran dan ujiannya.Contohnya,ada orang yang kerjanya menanam padi,sekejap diserang banjir,sekejap tidak,namun apabila telah dapat hasil,zakat perlu dibayar.

     Itulah maknanya sabar dalam ketaatan.Kesabaran ini menuntut kepada pengorbanan dan penghayatan sebenar-benarnya.Andai tiada kesabaran yang tinggi,agak mustahil untuk dilaksanakan ketaatan itu.Fikir dan renungkanlah diri sendiri....dimanakah tahap kesabarah kita?